Apabila Allah menjauhkan aku,
Dari insan yang aku terlalu cintai,
Aku tidak pernah sekali-kali lupa mengucapkan,
"Allah Maha Mengetahui, bahawa dia bukan jodohku",
Aku terima dengan hati yang tenang dan terbuka,
Aku redha dengan ketentuan takdir dariNya,
Kerana aku sedar dan tahu bahawa,
Milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...
Aku redha...
Semoga ketabahan, dugaan, kesakitan, kesengsaraan yang aku hadapi,
Di redhaiNya...
Insyaallah...
Hanya padaMu ku berserah,
Hanya padaMu ku bersujud,
Hanya padaMu ku memohon keredhaan dan keampunan.
Semoga kesakitan yang aku alami ini akan berakhir,
Agar aku mampu terus merangkak dan kembali berjalan semula,
Agar aku mampu tersenyum seperti mana dia tersenyum tanpa aku disisinya.
Insyaallah...
-Me-
No comments:
Post a Comment