Saturday, May 5, 2012

Dugaan...



Ya Allah, Ya Tuhanku...
Baru hari ini terbongkar segalanya.
Baru hari ini aku terjatuh, terduduk, kaku.
Baru hari ini aku nampak kebenarannya.
Kenapa sekejam ini kau lakukan padaku.
Atas segala yang telah aku korbankan selama 4 tahun ini...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Tidak sekali pun terdetik dihatiku,
Untuk mencari lelaki yang sempurna.
Tidak sekali pun terdetik dihatiku,
Untuk mencari lelaki yang terhebat.
Cukuplah sekadar lelaki tersebut menyayangi aku.
Menyayangiku lebih dari aku menyayanginya...
Lelaki yang mampu setia padaku sepertimana kesetiaanku padanya.
Lelaki yang mampu berjuang mnjaga air muka dan maruahku,
Dari dipijak-pijak oleh orang lain. Aku mahu diterima keluargamu.
Aku mahu diterima oleh semua orang bahawa aku hak mu.
Aku mahu diterima sepertimana kau diterima di pihakku...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Hanya Kamu yang mengetahui bertapa hebat dan agungnya cintaku padanya.
Hanya Kamu yang mengetahui bertapa setianya aku padanya.
Hanya Kamu yang mengetahui bertapa tingginya tahap kesabaranku.
Hanya Kamu yang mengetahui bertapa besarnya dugaan yang aku tempuhi ini.
Hanya Kamu yang mengetahui bertapa sakitnya diriku ini menghadapi semuanya.
Hanya Kamu yang mengetahui kebenaran disebalik kebencian dan tohmahan mereka kepadaku...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Aku cuma manusia biasa.
Aku adalah seorang wanita yang setia pada kekasihnya.
Seorang wanita yang tetap menanti dan bersabar atas segalanya.
Seorang wanita yang tetap terus berusaha demi lelaki yang dicintai.
Seorang wanita yang tidak akan berputus asa dalam kebahagiaannya.
Seorang wanita yang mencintai kekasihnya sepenuh jiwa.
Akan tetapi,
Wanita ini juga ada perasaan sakit.
Ada perasaan kecewa.
Ada perasaan penat.
Ada perasaan serik...

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Jika ini dugaan yang perlu aku lalui didalam hidupku,
Inilah dugaan yang terbesar...
Aku redha Ya Allah...
Aku akan tetap berusaha demi masa hadapan ku...
Jika benar dia untukku,
Aku bersyukur.
Jika benar dia bukan untukku,
Aku pasrah...
Aku berserah...
Dan aku redha...


 -Me-



No comments:

Post a Comment